Social Icons

Sunday 12 January 2014

Kehendak vs Keperluan

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak ceritakan pasal kehendak vs keperluan..Kehendak?? Keperluan?? apa tu??Bagi Ummi, perkara sebegitu hanyalah suatu yang kita perlu fikirkan betul-betul... Kalau sesuatu itu tak mendatangkan fungsi yang betul-betul kita perlukan, ianya adalah kehendak..Tetapi sekiranya mempunyai fungsi yang sememangnya kita perlukan ianya adalah keperluan..Tapi apa pula kehendak dan keperluan ni?

Apa itu keperluan?

Keperluan adalah sesuatu benda atau keadaan yang memang perlu untuk hidup kita.. Sebagai contoh, rumah sebagai tempat berteduh, pakaian untuk menutup aurat, makanan sebagai tenaga untuk hidup, vitamin/suplemen dan sebagainya.. Senang kata, keperluan ini adalah benda penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini..

Apa itu kehendak?

Sesuatu benda itu akan jadi kehendak apabila kita masih boleh teruskan kehidupan seperti biasanya walaupun ketiadaannya.. Contohnya, walaupun kita tak ada iphone 5S tu kita masih boleh hidup dengan biasa.. Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan.. Jadi, perkara sebegitu akan jadi kehendak semata-mata..

Jadi, kenapa Keperluan VS Kehendak?

Apa yang ummi nampak orang zaman sekarang terlalu melebihkan kehendak berbanding keperluan diri diorang.. Macam contoh yang Ummi bagi kat atas tadi, seseorang yang sanggup berlapar (tinggalkan keperluan) semata-mata nak beli iphone (kehendak diri)..Ini tidak sepatutnya berlaku..
Sepatutnya, biarlah keperluan diri tu cukup dulu barulah cari yang kehendak kita..

Kehendak pun boleh jadi keperluan.. Macam mana?

Kehendak akan jadi keperluan bila kita susah tak ada benda kehendak tu.. Okay, aku cuba bagi situasi.. Kita bekerja dari rumah kita, tapi kita tiada internet kat rumah.. Kita pulak jenis yang tak boleh keluar rumah nanti kena debu banyak (asma mungkin) sebab akan menjejaskan kesihatan.. Kita pun decide nak pasang internet (kehendak).. Tapi dalam keadaan tadi, internet yang kita nak pasang tu dah dikategorikan sebagai keperluan..

Suplemen Shaklee itu keperluan atau kehendak?

Haa.. Ini soalan best.. Bagi korang, suplemen Shaklee itu adalah keperluan atau kehendak?
Pilihan di tangan anda..Anda yang tentukan...

0 comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates