Social Icons

Saturday 14 December 2013

lirik berpuisi peralatan muzik hi-tech

Dua dekad dalam muzik
yeah!
it's me again dengan satu new tempo
siang malam gegar speaker di radio
bila beatman bagi greenlight go
mc normy dan KRU akan ligat macam yo yo
rap!
is KRU punya konsep
lirik berpuisi peralatan muzik hi-tech
canggih!
KRU takkan letih
rap all night walau berpeluh pun tak boleh
hentikan!
b'cause the kru is on the run
microphone is my gun
mat jiwang tak terlawan
kerana beat nie keras mereka mesti rimas
tetapi penyokong KRU akan semakin cergas
ok pass!
aku sudah lepas da first task
bersedia untuk rangkap kedua sebelum terlepas
bersatu kita teguh bercerai kita roboh
kalau ready kata yo!
konsep hard rap kita bo!
***
Generasiku
Go!Go!Go!Go!
dari bandar ke bandar konsert KRU sedang bergema
menggegarkan irama rap dari J.B. ke Kangar
seperti pendekarku tewaskan lawanku
lirikku ilmuku dan lidahku kerisku
cool!
'cause I'm all about the demo
beat bermula aku kan buka step solo
dance!
this is the masterplan
aku berdiri depan band
aku pakai ray ban
yo trend!
ini lagu generasiku
ini lah masaku masa untuk KRU
ini KRU pesanan kepada lu
penyokong KRU
I really love Y.O.U.
you know it's true,bersama kita maju
untuk mencapai impian kita perlu bersatu
bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh
kalau ready kata Yo! Konsep hard rap kita bo!
***
yeah?
generasiku
go! go! go! go!
check it out,
cause I'm all about the demo
siang malam gegar speaker di radio
bila beatman bagi greenlight go
beat bermula, aku'kan buka step solo
dance!
this is the masterplan
aku berdiri depan band aku pakai rayban
seperti pendekar ku tewaskan lawanku
lirkku ilmuku dan lidahku kerisku
rap!
KRU takkan letih
rap all night
walau berpeluh pun tak boleh
hentikan!
b'cause the kru is on the run
microphone is my gun
mamat fit tak terlawan
bersatu kita teguh bercerai kita roboh
kalau ready kata yo!
konsep hard rap kita bo!
generasiku?
go! go! go!

Haa... apa tu..Mula-mula tengok pelik gak.Mana taknya, tak pernah dengar lagu ni.Keluarannya pun pada tahun 2006.. Haha..Masa ni baru habis spm jer..Teruk betol la..Penyanyinya KRU dan liriknya ditulis oleh Norman KRU..Lagu ni dari 1st album KRU tau..Kat sini ummi nak cerita pasal penyanyi lagu Generasiku..

Kalau nak tahu, sebenarnya KRU ni merupakan kumpulan pop Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan dianggotai oleh 3 bersaudara iaitu Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim and Edry Abdul Halim. Mereka merevolusikan arena muzik Malaysia dengan gabungan unik mereka pop, R & B dan hip hop, mereka telah berjaya menubuhkan syarikat hiburan mereka sendiri dinamakan KRU Studios yang pakar dalam industri hiburan dan media..Dari hanya sebuah kumpulan yang pada ketika itu menyerahkan nasib mereka sepenuhnya kepada EMI Music sewaktu menjengah ke dalam industri pada 1992, mereka kemudian mengorak langkah menubuhkan syarikat sendiri empat tahun kemudian di bawah nama KRU Records.Syarikat yang ditubuhkan pada 1996 itu tidak terhad mengawasi kerjaya mereka sendiri, biarpun pengalaman seni mereka ketika itu boleh dikirakan masih terlalu awal.

Bermula apabila seorang rakan menghantar lagu ciptaan KRU kepada EMI dan EMI meminta KRU sendiri menyanyikan lagu yang mereka cipta.Inilah bermulanya sejarah awal pembabitan KRU dalam muzik dan bagaimana KRU muncul sebagai penyanyi. Akur dengan kehendak syarikat rakaman itu, maka wujudlah KRU yang dikenali sehingga hari ini. Bahkan lagu-lagu KRU juga boleh dianggap meletup dan kadang-kadang segar hingga ke hari ini seperti Awas, Mengerti, Di Dalam Dilema, Oh! La La, Janji Tinggal Janji, Fanatik, Luar Biasa, Jangan Lafazkan dan Terhangat Di Pasaran yang turut menampilkan Adam.
Hampir semua lagu yang dinyanyikan oleh KRU adalah hasil karya mereka sendiri. Penubuhan KRU Records adalah satu keputusan bijak kerana ini membolehkan mereka bebas mencorakkan lagu yang hendak dihasilkan.Mereka tidak terikat dengan syarikat rakaman, dan bebas berkarya. Kalau nak tahu,KRU ni amat meminati penerbit album Beatles, George Martin serta penulis lagu dan komposer Stock/Aitken dan Waterman yang banyak menghasilkan lagu untuk Kylie Minouge. Dari situ la merekamemasang cita-cita untuk memiliki syarikat penerbitan sendiri.
Mungkin ramai yang tak jangka KRU boleh melangkah jauh seperti hari ini kerana kebiasaannya pada waktu itu, kebanyakan syarikat rakaman atau syarikat penerbitan milik keluarga memang tidak boleh bertahan lama.Selalunya  awal-awal lagi dah gulung tikar. Apatah lagi boleh berkembang seperti mana KRU pada hari ini. KRU ni memang cukup berani apabila melahirkan artis sendiri. Kumpulan Elite merupakan artis pertama yang bernaung di bawah KRU Records.Selepas tu,makin ramai artis yang bernaung di bawah KRU Records seperti Indigo, X-Factor, Phyne Ballerz, Pretty Ugly, Dr Kronik dan ramai lagi la..Banyak sangat nk cerita pun.Hehe

Kemudian,KRU Records dikenali sebagai KRU Studios.Ramai lagi artis yang bernaung di bawah KRU Studio antaranya kumpulan Forteen, Ad Azhar, Kumpulan VIP, Iqa Mentor, kumpulan Tiga dan Chomel Fanna. Selain dari memayungi artis, karya kreatif Edry sebagai penulis lirik sering ditagih penyanyi lain .Antara artis yang pernah mendapatkan sentuhan lagu ciptaan Edry antaranya Anita Sarawak, Aznil, Stacy, Shahir, Rabbani, Adam, Mawi dan Akil Hayy serta ramai lagi.
Kalau nak tau,sebenarnya perjalanan muzik KRU dah lebih dua dekad dah..Memang lama kan..Sepanjang tempoh dua dekad dalam pentas muzik itu, KRU secara keseluruhannya sehingga sekarang sudah menghasilkan lebih 16 album. Banyak tu..Sekarang ni Edry banyak tertumpu kepada kumpulan KRU, Yusry pula,lebih banyak memberikan tumpuan kepada filem, dan Norman pula untuk bahagian pengurusan syarikat, strategi dan pemasaran..Memang 3 beradik ni pandai menguruskan tugas masing-masing..

Ummi sebenarnya kagum dengan Kumpulan KRU ni.Bermula dari penyanyi biasa, kemudiannya berkembang memiliki syarikat rakaman sendiri yang kukuh.Mereka juga tidak fokus kepada muzik semata-mata, mereka turut mengembangkan nama sebagai pengeluar filem yang berjaya.Lagipun,muzik KRU ada identiti tersendiri.Tak sama dengan yang lain..Hehe..

0 comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates